BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 19 January 2012

2012

Hari ini 19.1.2012, Esk pada 20.1.2012 merupakan hari terakhir exam aku bagi semester 5, tak sangka cepat pulak masa berlalu, pejam celik terus nk abis part 5 then nk masuk part 6 then tamatla aku dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) Ini akan menjadikan aku sebagai anak MAHAMAD NOR BIN SHAARI DAN TIJAH BINTI AHMAD yang pertama mendapat Ijazah, agak bangga, tetapi aku menjadi anak yang kedua masuk Universiti selepas akak aku. Niat dalam hati, insyaAllah lepas habis degree ni aku mahu bantu keluarga pula. Moga Allah makbulkan niat murni aku ini.


Ini sekdar luahan perasan....

Wednesday 28 September 2011

New incoming program

Assalamualaikum....update kali akan sertakan jadual untuk semester ini..bz nya hidup aku..huhu..bulan 9 dah nk smpai penghujung, jadual utk bulan 10 pn fully book..mmg aku akan bz..pada 7 hingga 9 October 2011 aku akan ke pahang untuk kursus, then the following week lak 16-21 aku akan ke Sarawak untuk konvensyen MPP Satu Malaysia., then smbung pulak 22 dan 23 akan ada program penghayatan Islam, 27-31 October 2011 ada tournament debate..aku akan join..huhu..so pada bulan 10 setiap mggu ada program...xdpt la nk kuar dating..huhu...then bulan 11 akan ada program khidmat masyarakat dan juga trip ke SABAH....then insyaAllah bulan 12 atau bulan 1 2012 aku akan ke Medan Indonesia..(harap2 jadi ke Indonesia) then plus with research utk thesis aku ni..nk kna travel ke Putrajaya, and then ke Johor lak..then ke mn xthu ag..huhu..Semester ini byk travel..so byk la duit yg digunakan..harap2 duit semua cukup utk semester ini..klau tak jd mcm sem lepas la..roti je slama 2 bulan without any meal..huhu Mampu ke? aku je mampu..huhu

walaupn bz..study ttp diutamakan..sekian dari aku..

Saturday 27 August 2011

Selamat Hari raya Aidilfitri

Glitter Text Maker
Glitter Text Maker - eCards




Tinggal 3 hari lagi sblum raya, mknanya berakhirla sudah Ramadhan, kenapa aku rsa seperti kehilangan yang besar? Aku sangat suka pada bulan Ramadhan ini, terasa sangat nikmat apabila datang bulan ini, dan aku rasa seperti kehilangan selepas berakhir bulan ini, adakah aku berjaya untuk ke ramadahan seterusnya? Tiada siapa yang tahu, kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri kepada siapa-siapa yang sudi singgah di blog yang carca merba ini, maaf zahir dan batin jika ada salah ke silap 0-0 yer

Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nur ayat 22.

Monday 11 July 2011

“Bangau oh Bangau” dan Integriti

Ditulis oleh: Noramin Bin Mahamad Nor
Bangau oh Bangau Kenapa Engkau Kurus?
Macam Mana Aku Tak Kurus
Ikan Tak Mahu Timbul-timbul

Ikan Oh Ikan Kenapa Engkau tak Mahu Timbul?
Macam Mana aku tak timbul?
Rumput Panjang Sangat (2X)

Rumput Oh Rumput,
Kenapa Engkau Panjang Sangat?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak Makan Aku (2X)

Kerbau Oh Kerbau
Kenapa Engkau Tak Makan Rumput?
Macam Mana Aku Hendak Makan?
Perut Aku Sakit (2X)

Perut Oh Perut
Kenapa Engkau Sakit?
Macam Mana aku tak sakit
Makan Nasi Mentah (2X)

Nasi Oh Nasi
Kenapa Engkau Mentah?
Macam Mana Aku Tak Mentah
Kayu Api Basah (2X)

Kayu oh Kayu
Kenapa Engkau Basah?
Macam Mana Aku Tak Basah?
Hujan Timpa Aku (2X)
Hujan Oh Hujan
Kenapa Engkau Timpa Kayu?
Macam Mana AKu tak Timpa
Katak Panggil Aku

Katak Oh Katak Kenapa Engkau Panggil Hujan?
Macam Mana Aku Tak Panggil Ular Mahu Makan Aku

Ular Oh Ular Kenapa Engkau Nak Makan Katak?
Macam Mana AKu tak Makan
Memang Makanan Aku.



Inilah lirik lagu bangau oh bangau yang pernah kita nyanyi ketika masih kecil sewaktu masih di tadika atau di bangku sekolah. Sewaktu kecil, kita selalu dinasihatkan dengan pelbagai nasihat berdasarkan lirik lagu ini. Persoalannya, adakah kita faham dengan lirik lagu ini?........
Perkara utama yang hendak disampaikan dalam lirik lagu ini ialah sifat-sfat tercela manusia iaitu menyalahkan orang lain atas pilihan, tindakan dan kekurangan diri sendiri.Cuba kita imbas kembali sewaktu zaman kita di sekolah ketika dahulu. Ketika kita belajar di tadika, kita di nasihatkan oleh cikgu tadika supaya kita jangan mudah menyalahkan orang lain. Kita pasti akan dimarahi jika kita melakukan kesalahan tetapi menyalahkan orang lain. Kita telah dididik dengan sifat-sifat murni sejak kecil. Persoalan sekarang, kenapa budaya menyalahkan orang lain kian hari kian menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia? Kita cuba renung sedalam-dalamnya, adakah kita tergolong dalam golongan seperti itu? Menurut Tom Jacobs (merupakan pakar psikologi), sifat menyalahkan orang lain ialah sejenis penyakit berjangkit. Didalam penulisan artikel beliau yang bertajuk “Blaming Others Is Contagious Behavior” telah menyatakan tentang kajian yang telah dibuat oleh Journal of Experimental Social Psychology USA orang yang selalu menyalahkan orang lain sebenarnya telah mengurangkan tanggungjawab mereka serta bebankan kepada orang lain. Tambahan lagi, “Bila menyalahkan orang lain untuk kesilapan-kesilapan mereka, mereka kurang belajar dan membuat persembahan lebih teruk,” Kita selalu dingatkan dengan rakan-rakan supaya belajar daripada kesilapan. Tetapi dengan menyalahkan orang lain atas kekurangan dan kesilapan kita, kita tidak akan belajar dan kita akan sentiasa melakukan kesalahan yang sama. Kita mengambil contoh dari Thomas Edison yang telah berjaya mencipta mentol selepas 1001 kegagalan. Persoalannya, adakah beliau menyalahkan pihak lain diatas kegagalannya itu? Menurut kajian itu lagi, mengapakah dikatakan penyakit berjangkit kerana, apabila kita menyalahkan orang lain, orang lain akan menyalahkan kepada orang lain juga diatas kesalahan yang sama. Samalah seperti lagu “Bangau oh Bangau, setiap makhluk tersebut menyalahkan salah satu sama lain. Sifat ini telah menjadi budaya dalam masyarakat, dan sebab itulah sifat ini dikatakan penyakit berjangkit.
Jika kita melihat lihat dalam keadaan sekeliling, ada pegawai yang menyalahkan orang bawahannya jika dia membuat kesilapan, ada pelajar yang menyalahkan gurunya jika dia gagal dalam pelajaran, ada anak menyalahkan ibu bapa kerana dirinya yang rosak, rakyat menyalahkan kerajaan kerana hidup susah dan pelbagai lagi contoh yang lain. Persoalannya, kenapa sifat ini terjadi? Kita kena memahami setiap manusia tidak dapat lari daripada kesalahan.Sebab itulah,kita sepatutnya,tidak boleh menyalahkan orang lain.Setiap manusia itu pasti pernah melakukan dosa atau kesalahan.Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 61:
" Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan."
Jika kita lihat dalam ayat ini sendiri jelas menunjukan bahawa manusia ini manusia ini penuh dengan kelemahan dan kenapa kita perlu menyalahkan orang lain diatas kelemahan itu? Cuba kita imbas kembali dan renungkan sedalam-dalamnya, sudah beberapa kali kita menyalahkan orang lain? Dengan menyalahkan orang lain juga telah menyebabkan orang yang disalahkan itu dimarahi dengan orang lain. Tidakah kita sedar dengan perbuatan itu kita telah menzalimi orang itu? Tidak kita takut dengan doa orang yang dizalimi? Doa orang yang dizalimi Allah makbulkan doa orang itu tidak kira orang itu kafir atau beriman.

Selain itu, sifat menyalahkan orang lain ini juga menunjukkan kita kurang keyakinan diri. Sebagai Khalifah (Ketua) kita kena yakin pada diri sendiri. Jika kita salah kita akuinya, jangan kita jadikan orang dibawah kita sebagai ‘kambing hitam’ untuk kita menyelamatkan diri sendiri. Menurut Trevor Johnson seorang pakar Neuro-linguistic programming telah menulis dalam artikelnya tentang sifat menyalahkan orang lain ini sebagai tanda orang itu kurang keyakinan diri dan egois. Menurut beliau lagi, kita tidak dapat meningkatkan keyakinan diri jika kita menyalahkan orang lain malahan kita akan menjadi semakin teruk – dengan sifat tersebut. “If you reveal your secrets to the wind you should not blame the wind for revealing them to the trees.”? daripada Kahlil Gibran (Lebanese born American philosophical) Dalam konsep integriti, menyalahkan orang lain kita akan dianggap tidak berintegriti maksudnya kita tidak bertanggungjawab diatas kesilapan dan kesalahkan kita sendri. Jika perkara ini berlaku, bermakna kita tidak terapkan budaya berintegrii yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia. Ada beberapa kata hikmat yang dapat dikongsi bersama antaranya ialah: "It’s time to care; it’s time to take responsibility; it’s time to lead; it’s time for a change; it’s time to be true to our greatest self; it’s time to stop blaming others." daripada Steve Maraboli.

Sedarlah wahai rakan-rakan semua kita diciptakan dalam keadaan lemah.Tidak sepatutnya kita suka menyatakan orang lain lemah.Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 28: "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." Janganlah kita menyalahkan orang lain. Seorang pegawai tidak sepatutnya menyalahkan orang bawahan atas kelemahan diri sendiri, seorang guru tidak sepatutnya menyalahkan murid jika murid tidak memahami apa yang diajarkan, seorang rakyat tidak patut menyalahkan kerajaan jika hidup susah. Renungkanlah sedalamnya apa yang telah kita lakukan sebelum ini, peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

Wednesday 4 May 2011

IBM530-Introduction to International Business

Sudah lama pulak tidak update. Ok entry ini akan memceritakan paper yang bakal aku ambil sebentar lagi. Actually ini dah 3 hari aku exam..kul 2.15 penentu. Untuk mendapat DL at least 4A di perlukan. Paper ini, paper yang kedua yang perlu aku dapatkan A. Pagi tadi, lecturer yang mengajar paper ni. siap bagi semangat agi. Ini menyebabkan semangat aku untuk dapatkan A untuk sbject ini meningkat.

Subject ini merupakan subject yang di mana kita belajar international business transaction. Think globally kta org Alor staq. Subject yang agak ssh.. sbb dia pnya soalan menyebabkan kita pening pala.. sbb jawapan bukan nk ada kat dlm buku pn.. Ada yang kena guna general Knowledge. Kalau yang jenis malas buka newspaper tu, le goreng je la..hehe..Ag 1 jam aku nk g ambk exam ni da. Moga dapat result yang cemerlang semeter ini. Kalau xdapat DL pn..at least maintain 3 pointer..ok da tu..le smbung master..ok insyaAllah, berundur dulu.. lpas exam blog ini akan banyak di upadata ag. wsalam..

Tuesday 22 March 2011

Terbaru

Update yang terbaru, rasa-rasa sudah lama tidak update blog ini, agak bz skit dan tambah dengan tak ada diea , so xde la mende yang update, tak kan semua perkara nak ceritakan dalam blog kn? ye la faham mmg la blog ni temapat nk luahkan perasaan, tapikan macam bangangkan setiap kali buat semua nak bagi tau (dulu2 je aku macam tu) tapi sekarang aku semakin dewasa dan semakin berfikiran matanag, so orang yang tak matang je yang buat luahan kat public, hey common la, da la buat luahkan kat public then bila orang comment kata jaga tepi kain pulak? da diri sendiri yang reveal personal problems, so kalau orang yang comment pe salah lak? nasib la yer?

Aku tidak mengata pada sesiapa, so kalau ada yang terasa nasib la yer, faham-faham sendiri la, blog ni merupakan satu sumber senang untuk musnahkan seseorang, so manfaat la dia dengan sebaiknya.

Akhir sekali, aku bukan nk cerita pasal diriku ini, tapi hendak update, aku baru sahaja pergi kursus pada 18-20 March yang lalu di pulau pangkor, aku berada di Melaka then nak sampai kat sna lebih kurang 7 Jam memang laju gila la driver bas yang bawa ni, 90 KM/jam juga la dia punya kelajuan.

best juga kursus tu, tentang Kenegaraan, da jadi popular lak kat situ, yang paling best ada orang kasi bunga. Siapa? entah tidak tahu, pe2 pun tujuan utama yang datang situ untuk menjadi agen pengerak supaya bangsa melayu terus memerintah.

I think that's all for today, next course at Puncak Alam start 24-27 march 2011 (duit melayang lagi, lebih2 kat R&R).
~To be continue~

Thursday 24 February 2011

New Life as Student 'Artist'

Student 'Artist'? wow! what was that? When people see my title they will wonder what it might be? The student 'artist' that I talk about is Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)or in English it call Students Representative Councils. I don't know what to say when I been selected as MPP.. I really shock when TP HEP announce my name. I don't know what to say. Once I receive the responsibility, a lot of sacrifice I need to make. I glad that I just only hold portfolio as EXCO MPP. Right now I am the public figure everywhere I go people will see and evaluate. That is why my Campus Director said we are Student 'Artist' .

I hope I can survive and I can do my job well..

Tuesday 21 December 2010

Selasa

Kenapa post tentang hari selasa lak yer? actually aku pun tidak tahu mengapa aku letak tajuk itu. Hari ini sudah selasa, makna hari Jumaat ini tamat sudah kontrak aku untuk buat SKP, dan pada 26.12.2010 kawan aku kawin, tetapi aku tidak dapat hadiri kerana tiada sumber kewangan. Agak terkilan juga la, banyak invitation yang aku tidak dapat hadiri, lagi pun aku agak bz juga pda 26 tu, ada meeting, plajar baru nk masuk pada 27 ni. So segala preparation kena buat betul2 supaya berjalan secara lancar, tahun 2011 akan menjadi tahun yang sangat busy buat diriku ini.

Bila aku tengok jadual aku, sangat2 la pack, sudah macam seorang menteri la pulak.

Rasa2 itu sahaja yang aku ingin luahkan dalam blog in

This is my blog, I can write anything I want, if you don't like it, please get out, thank you.

Friday 17 December 2010

Pembentangan Budget Semester Hadapan

Ingat Negara jek le bntangkan budget..

so untuk semester depan aku sudah menyediakan personal budget..

ini la antara yg smpat aku senaraikan

Buku = RM400
Yuran Kolej= RM430
Yuran Univesiti = RM550
Makanan RM6X120 Days = RM720
Bil Broadband (satu Semester) = RM300
Barangan Dapur (satu Smester):- 1)milo
2)Susu
3)Gula
4)Kopi
5)Megi
6)Butter
7)Roti
= RM300

Topup (satu Semester) = RM300
Gingo Biloba (untuk Elak Migrain) =RM120
Spec (Power Makin Tambh+calar) =RM250
Minyak wangi (satu Semester) =RM150

Toiletries :- 1)Body Shampoo
2)Shampoo
3)Pencuci Muka
4)Ubat Gigi
5)Sabun Basuh Baju
6)Pelembut Pakaian
=RM200 (satu Semester)

Peralatan lelaki :- 1)Gel Rambut
2)Deodorant Bodyspray
RM100

RM3325.00

ini adalah jumlah kasar

angka sbnar maybe lebih maybe kurang..

(ada yg perlu di kurangkan ?)

Topup mmg perlu sebab Pegang 2 portfolio YDP OM dan S/U JPK

N MAYBE ada ag 2 Portfolio menanti..

Sekian Sahaja

Thursday 9 December 2010

Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UTIM 2010

Hari ini 9 Dicember 2010...aku berapa di UiTM Shah Alam, untuk menghadiri konvensyen Pemimpin Mahasiswa, Sounds good heh? ye di sni smua barisan MPP, JPK seluruh Malaysia berkumpul, untuk bersama-sama untuk berbincang tentang masalah-masalah negara dan masalah di UiTM untuk diselesaikan. Aku berseorangan di sini, tiada teman2, hanya diri aku seorang, yang aku paling sedih, broadband aku telah diblock di sebabkan 2 bulan xbyar, sedih siot...aku hanya menggunakan Wifi UiTM yang selalu di block certain2 website yg aku slalu masuk, yang paling sedih, facebook nak buka pun after office hours..itu yang paling aku sedih..huhu...

Kenapa Xbayar?

Persoalan itu di jawab AKU TIADA duit sekarang ini, biasala hjung2 semester, jarang la student ada duit,

Macam mana lak dengan makan?

Makan?

beli Roti RM2.30 le than 4 hari..so itu la hari2 aku makan...huhu

SAMPAI bila nk makan mcm tu?

sampai buka semester la kot..uhuh

tp aku skrang berada di shah Alam so mkaan x pyh risau la...sebb makan di sediakan...huhu...so dpat la aku mkan yg sedap2 ..seminggu lebih xmkn nasi..aku still le survive..just bdn lemah2 skit...huhu..

pe2 pn..aku akan teruskan hidup

Pegi mana duit tu?

jangan tanya la gi mn...aku juga perlukan ubat untuk sakit kepala aku ni..ubat tu ada herb iaitu Gingko Biloba, sangat berkesan utk migrain dan juga org yang selalu ada tekanan darah tinggi...

rsa itu sje yg aku perlu ckp...

*Aku tak nk sshkn org len, so biar aku je yg ssh...

Thursday 2 December 2010

Perjalanan Dari Melaka Ke UiTM Perak



Aku rasa lambat juga aku update blog ni..sekarang aku mahu menceritakan perjalanan aku dari Melaka ke Perak yang mengambil masa 10 Jam. Tarikh 25.11.2010 Perjalanan aku bermula jam 9.30 Pagi. Bas yang aku naik tu nama dia SE SUPER . Ini la Bas Yang Aku Naik >>>

Perjalanan pada mulanya semua ok, then bas aku tukar waktu sampai di Klang, bas yang tukar mula mengalami masalah Engine. Masalah tu berlaku ketika sampai di stesen bas Klang, Engine sukar untuk di hidupkan. Selepas beberapa baru dapat di hidupkan. Setgah jam juga menunggu, then aku igt smua dh selesai. Bas tersebut di bawa pula ke workshop bas. Di situ Satu Jam juga menunggu


Kelihatan Mekanik Sedang Perbaiki Bas yang RosaK

Ini juga aku letak juga gambar workshop yang membaiki bas ini


Satu jam kemudian Baru siap bas ni..tp yang leceh bas ni byak singgah psal tu yg smpai lmbt

jam 7:00 p.m aku smpai la di seri iSKANDAR then lecturer aku ambk hntar masuk UiTM..thx to you ..huhu..

I think that's all...nt aku cte lak time ambil jubah dan juga time convocation

Sunday 21 November 2010

SKP

Tanggal 21 November 2010, hari ini merupakan hari yang ke-5 aku buat SKP (Skim Khidmat Pelajar) Memandangkan aku kerja pada hari Sabtu dan Ahad, so duit yang aku dapat nanti DOUBLE,..huhu..bestnya..tetapi hari ini kje tak la banyak sangat, banyak relax dan main game jek, hari ini aku hanya buat minutes, dan angkat barang sikit, dan check bilik jek...kira ble tgok tv ag la..huhu..pe2 pn mmg best la

Di sebabkan aku kje pada sabtu dan ahad, aku di beri cuti rehat pada hari khamis dan jumaat, Alhamdulllah memang aku perlukan cuti pada hari ini. Ini kerana pada 27.11.2010 merupakan hari yang sangat bermakna bagi aku. Tarikh aku convo..huhu..bestnya..selepas penat lelah 3 tahun buat Diploma, akhirnya aku berjaya juga abiskan, dan sekang aku sambung Ijazah Sarjana Muda tetapi aku tetap akan sambung Sarjana juga, ini disebabkan aku ingin menjadi golongan pendidik iaitu lecturer, best mengajar orang ni. Lebih2 student U.. Tetapi aku mesti usaha juga la

Aku rasa ini sahaja la yang aku nk katakan. Next Time aku sambung balik.

Luahan hati dari seorang Mahasiswa...