BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 11 July 2011

“Bangau oh Bangau” dan Integriti

Ditulis oleh: Noramin Bin Mahamad Nor
Bangau oh Bangau Kenapa Engkau Kurus?
Macam Mana Aku Tak Kurus
Ikan Tak Mahu Timbul-timbul

Ikan Oh Ikan Kenapa Engkau tak Mahu Timbul?
Macam Mana aku tak timbul?
Rumput Panjang Sangat (2X)

Rumput Oh Rumput,
Kenapa Engkau Panjang Sangat?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak Makan Aku (2X)

Kerbau Oh Kerbau
Kenapa Engkau Tak Makan Rumput?
Macam Mana Aku Hendak Makan?
Perut Aku Sakit (2X)

Perut Oh Perut
Kenapa Engkau Sakit?
Macam Mana aku tak sakit
Makan Nasi Mentah (2X)

Nasi Oh Nasi
Kenapa Engkau Mentah?
Macam Mana Aku Tak Mentah
Kayu Api Basah (2X)

Kayu oh Kayu
Kenapa Engkau Basah?
Macam Mana Aku Tak Basah?
Hujan Timpa Aku (2X)
Hujan Oh Hujan
Kenapa Engkau Timpa Kayu?
Macam Mana AKu tak Timpa
Katak Panggil Aku

Katak Oh Katak Kenapa Engkau Panggil Hujan?
Macam Mana Aku Tak Panggil Ular Mahu Makan Aku

Ular Oh Ular Kenapa Engkau Nak Makan Katak?
Macam Mana AKu tak Makan
Memang Makanan Aku.



Inilah lirik lagu bangau oh bangau yang pernah kita nyanyi ketika masih kecil sewaktu masih di tadika atau di bangku sekolah. Sewaktu kecil, kita selalu dinasihatkan dengan pelbagai nasihat berdasarkan lirik lagu ini. Persoalannya, adakah kita faham dengan lirik lagu ini?........
Perkara utama yang hendak disampaikan dalam lirik lagu ini ialah sifat-sfat tercela manusia iaitu menyalahkan orang lain atas pilihan, tindakan dan kekurangan diri sendiri.Cuba kita imbas kembali sewaktu zaman kita di sekolah ketika dahulu. Ketika kita belajar di tadika, kita di nasihatkan oleh cikgu tadika supaya kita jangan mudah menyalahkan orang lain. Kita pasti akan dimarahi jika kita melakukan kesalahan tetapi menyalahkan orang lain. Kita telah dididik dengan sifat-sifat murni sejak kecil. Persoalan sekarang, kenapa budaya menyalahkan orang lain kian hari kian menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia? Kita cuba renung sedalam-dalamnya, adakah kita tergolong dalam golongan seperti itu? Menurut Tom Jacobs (merupakan pakar psikologi), sifat menyalahkan orang lain ialah sejenis penyakit berjangkit. Didalam penulisan artikel beliau yang bertajuk “Blaming Others Is Contagious Behavior” telah menyatakan tentang kajian yang telah dibuat oleh Journal of Experimental Social Psychology USA orang yang selalu menyalahkan orang lain sebenarnya telah mengurangkan tanggungjawab mereka serta bebankan kepada orang lain. Tambahan lagi, “Bila menyalahkan orang lain untuk kesilapan-kesilapan mereka, mereka kurang belajar dan membuat persembahan lebih teruk,” Kita selalu dingatkan dengan rakan-rakan supaya belajar daripada kesilapan. Tetapi dengan menyalahkan orang lain atas kekurangan dan kesilapan kita, kita tidak akan belajar dan kita akan sentiasa melakukan kesalahan yang sama. Kita mengambil contoh dari Thomas Edison yang telah berjaya mencipta mentol selepas 1001 kegagalan. Persoalannya, adakah beliau menyalahkan pihak lain diatas kegagalannya itu? Menurut kajian itu lagi, mengapakah dikatakan penyakit berjangkit kerana, apabila kita menyalahkan orang lain, orang lain akan menyalahkan kepada orang lain juga diatas kesalahan yang sama. Samalah seperti lagu “Bangau oh Bangau, setiap makhluk tersebut menyalahkan salah satu sama lain. Sifat ini telah menjadi budaya dalam masyarakat, dan sebab itulah sifat ini dikatakan penyakit berjangkit.
Jika kita melihat lihat dalam keadaan sekeliling, ada pegawai yang menyalahkan orang bawahannya jika dia membuat kesilapan, ada pelajar yang menyalahkan gurunya jika dia gagal dalam pelajaran, ada anak menyalahkan ibu bapa kerana dirinya yang rosak, rakyat menyalahkan kerajaan kerana hidup susah dan pelbagai lagi contoh yang lain. Persoalannya, kenapa sifat ini terjadi? Kita kena memahami setiap manusia tidak dapat lari daripada kesalahan.Sebab itulah,kita sepatutnya,tidak boleh menyalahkan orang lain.Setiap manusia itu pasti pernah melakukan dosa atau kesalahan.Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 61:
" Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan."
Jika kita lihat dalam ayat ini sendiri jelas menunjukan bahawa manusia ini manusia ini penuh dengan kelemahan dan kenapa kita perlu menyalahkan orang lain diatas kelemahan itu? Cuba kita imbas kembali dan renungkan sedalam-dalamnya, sudah beberapa kali kita menyalahkan orang lain? Dengan menyalahkan orang lain juga telah menyebabkan orang yang disalahkan itu dimarahi dengan orang lain. Tidakah kita sedar dengan perbuatan itu kita telah menzalimi orang itu? Tidak kita takut dengan doa orang yang dizalimi? Doa orang yang dizalimi Allah makbulkan doa orang itu tidak kira orang itu kafir atau beriman.

Selain itu, sifat menyalahkan orang lain ini juga menunjukkan kita kurang keyakinan diri. Sebagai Khalifah (Ketua) kita kena yakin pada diri sendiri. Jika kita salah kita akuinya, jangan kita jadikan orang dibawah kita sebagai ‘kambing hitam’ untuk kita menyelamatkan diri sendiri. Menurut Trevor Johnson seorang pakar Neuro-linguistic programming telah menulis dalam artikelnya tentang sifat menyalahkan orang lain ini sebagai tanda orang itu kurang keyakinan diri dan egois. Menurut beliau lagi, kita tidak dapat meningkatkan keyakinan diri jika kita menyalahkan orang lain malahan kita akan menjadi semakin teruk – dengan sifat tersebut. “If you reveal your secrets to the wind you should not blame the wind for revealing them to the trees.”? daripada Kahlil Gibran (Lebanese born American philosophical) Dalam konsep integriti, menyalahkan orang lain kita akan dianggap tidak berintegriti maksudnya kita tidak bertanggungjawab diatas kesilapan dan kesalahkan kita sendri. Jika perkara ini berlaku, bermakna kita tidak terapkan budaya berintegrii yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia. Ada beberapa kata hikmat yang dapat dikongsi bersama antaranya ialah: "It’s time to care; it’s time to take responsibility; it’s time to lead; it’s time for a change; it’s time to be true to our greatest self; it’s time to stop blaming others." daripada Steve Maraboli.

Sedarlah wahai rakan-rakan semua kita diciptakan dalam keadaan lemah.Tidak sepatutnya kita suka menyatakan orang lain lemah.Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 28: "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." Janganlah kita menyalahkan orang lain. Seorang pegawai tidak sepatutnya menyalahkan orang bawahan atas kelemahan diri sendiri, seorang guru tidak sepatutnya menyalahkan murid jika murid tidak memahami apa yang diajarkan, seorang rakyat tidak patut menyalahkan kerajaan jika hidup susah. Renungkanlah sedalamnya apa yang telah kita lakukan sebelum ini, peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

2 comments:

Airil Haimi Adnan a.k.a. Teech said...

Assalamualaikum anak muda

Tak sangka saya, lagu jaman kanak-kanak ni pun ada maksud yang begitu mendalam dan tersirat di dalamnya!

Yang pasti dalam hidup kita ini, kita tidaklah boleh menyalahkan orang lain dan terlalu mengharapkan orang lain dalam setiap usaha kita.

Untuk berdikari dan melakukan usaha sendiri sebaik mungkin, itulah yang sebaik-baiknya.

Dan kalau usaha itu gagal kerana keadaan dan kekurangan sendiri, kita boleh bersedih sebentar...

...sesudah itu kita perlu bangun berdiri sekali lagi dan meneruskan segala usaha baik kita - selagi nyawa dikandung badan.

Sebelum Allah yang Maha Esa datang memanggil kita pulang kembali ke asal kita...

Medabee said...

Waalaikumusalam teech..thx for your comment, kdg2 teech, mnde basic mcm ni..manusia slalu lupa..sy buat article ni based on keadaan semasa..yg mn org skrg ska sgt mnyalahkn org lain atas kelemahan org..actually article ini juga..berdasarkn pgalmn sy bekja..dimn ada seorang pegawai tmt kje sy ..suka salahkn org lain walupn itu salah sy..sbb itu tercipta article ini..jika apa yg krang..insyaAllah sy akan cuba pelbaiki..kalau teech nk share..sy izinkn...