Hari ini merupakan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha. Untuk pertama kali dalam hidup, aku tidak beraya bersama dengan family aku. Memang aku telah catat record la kali ni. Aku rasa aku seorang je kot dalam family aku yang tak raya sekali. Tetapi tidak mengapa, ini kerana di Melaka hanya satu hari saja cuti, esok aku dah start 2nd day untuk kerja dah, well cuti2 semester ni better aku kerja dan cari duit, dari aku buang masa duk rumah tambah lemak. At least bila aku berkerja xdela aku asyik minta duit dari ayah aku je. Aku sudah dewasa, 21 tahun dah siap boleh mengundi. kalau kawin ni berderet anak le dapat.
Aku sekarang sudah bergelar Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda. So, aku kena banyak la berkorban. Bukan aku tak nak balik, tetapi aku fikirkan DUIT. Itu yang menjadi masalah aku, duit aku cukup2 untuk makan sampai hujung tahun ni plus dengan duit tambang ke Perak untuk convo aku nanti. Aku harap2 dapat la duit nanti bila aku pergi convo, kalau tak, memang aku terpaksa berlapar la sikit.
Sekang aku hendak cerita pulak psal SKP. Apa mende la tu yer? rupa2nya, ramai juga students UiTM tidak tahu apa itu SKP? sebab hanya yang active dengan HEP, dan pentadbiran UiTM sahaja yang tahu apa itu SKP. SKP stand for Skim Khidmat Pelajar, maksudnya, UiTM mengambil pelajar-pelajar UiTM untuk berkerja dengan UiTM sepanjang Cuti semester sahaja. Bayaran di buat dalam bentuk ELAUN, bukan gaji. Bayaran juga cukup Lumayan iaitu sebanya RM36 satu hari, then try la darab dengan 30 Hari tidak ke banyak duit aku dapat? tetapi aku tidak la sampai 30 hari. Ini disebabkan aku terpaksa menghadiri kursus2 lain, konvensyen pada 9 December 2010 di UiTM Shah Alam.
Lupa pulak, sekarang ini aku telah dilantik menjadi setiusaha Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej Tun Mamat, Plus dengan Yang di Pertua OSSA(Office System Student Association) tamak gila aku. Dengan itu aku berjaya duduk di kolej lagi. Tak payah la aku sibuk2 nak cari rumah sewa yang harga 400-800 di Bandar Melaka ini. Kalau 400 tu kena beli tilam la, almari la..perghhh duit2.. bila duk kolej snang byar 430 je satu sem, smua ada. Bil electric dgn bil air pn xkna byar, n xperlu risau kna halau...huhu
Plan aku hari ini, membaca buku then buat sedikit research untuk buku dan journal aku nanti. InsyaAllah kalau idea aku ada dapat la aku taip sebanyak mungkin. Aku punya Novel pun masih tergendala. Sebab Idea and masa tiada. harap2 dengan Hari yang free ni dpat la aku buat something yang valuable. Rasa di sini sahaja Coretan aku. lepas ni aku sambung lagi..
Wednesday, 17 November 2010
Salam Aidiladha
Posted by Medabee at 11:01
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment