BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 23 October 2010

Aku kuat

Tajuk yang agak menarik kn? apa yang dimaksudkan dengan tajuk tu? "Aku kuat" ..apa yg kuat tu yer? now I want to tell what it meant by that. Hari ini 23/10/2010.. Hari yang agak malang buat aku. Entah kenapa aku buat satu keputusan yang agak bodoh. Aku tidak tahu la sama ada tindakan aku itu tepat atau tidak. Apa-apa pun aku harap keputusan aku buat itu tepat. Ini untuk masa depan aku. Aku ada beberapa hari lagi. Segalanya penentu masa depan aku. Cita-cita aku yang paling ketara, aku mahu meneruskan pengajian ke luar negara. Itu cita-cita yang aku yang agak besar. Untuk Lakukan itu, aku mesti lakukan sesuatu, adakah dengan main-main dapat aku capai cita-cita tersebut? tidak mungkin...aku ada cita-cita, aku ada angan-angan aku tersendiri. Aku mahu bahagiankan parents aku, aku mahu lihat parents aku hidup senang, tidak lagi berhutang, aku selalu mengalir air mata apabila teringat parents aku sanggup berhutang kerana aku. Aku selalu menangis, tetapi tiada siapa yang tahu (selepas orang lain baca semua akan tahu) Aku sayangkan family aku, walaupun kadang2 mereka buatkan aku seperti orang asing, buatkan aku sakit hati, tetapi aku tetap sayang family aku. Aku ingin berjaya. Aku selalu berangan apabila aku habis belajar aku tiap2 bulan masukkan duit pada parents aku, akak aku , abang aku dan kembar aku. Aku selalu mimpi pasal itu. Aku harap mimpi itu jadi kenyataan.

Tetapi...macam mana hendak jadikan sesuatu mimpi itu kenyataan jika aku tidak berubah, tidak berusaha? bukan kan Allah telah berjanji dalam firmanNya yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasibnya lebih dulu” (Surah: Ar-Ra’d : 11)

dalam ayat ini Allah telah mengatakan kita boleh ubah nasib kita. Tetapi apakah usaha yang perlu dilakukan untuk mengubah nasib kta?

yang paling utama ialah SIKAP= ATTITUDE

aku paling suka kata2 dari William James "The greatest discovery of my generation is that a human being can alter his life by altering his attitudes of mind"

Kata-kata itu penuh dengan maksudnya tersendiri. Manusia boleh ubah hidup sendri dengan mengubah sikap dalam pemikiran, kena open-minded, kena think outside of the box. Barulah kita dapat maju.

Aku perlu berubah..

0 comments: