Mak Renah mati kutu,kepalanya rungsing dan resah memikirkan mimpi ngeri yang asyik menghantui tidurnya setiap malam jumaat.malam sabtu,mahupun malam raya.Dalam mimpinya,Mak Renah didatangi seorang lelaki berpakaian serba putih berjambang tebal lagi lebat.Mak Renah memang kenal benar dengan lembaga lelaki yang acap kali merenungnya tajam dan bermuka bengis itu.Bila memikirkan mimpi seram yang selalu menghantuinya itu Mak Renah berasa takut dan menggigil seperti Amid bin Ramid jirannya yang menghidap demam denggi lagaknya.Kehadiran lelaki berpakaian serba putih dan berjambang itu begitu mencemaskan hati Mak Renah.Kerungsingannya itu menarik perhatian Nora anak perempuannya yang sulung itu.Puas Nora bertanya namun Mak Renah sedaya upaya mengelak.
“Mak penat sangat…tak ada apa nak,” Mak Renah tahu jawapannya itu tidak mampu mengurangkan kecurigaan Nora.Mak Renah tidak mahu Nora tahu lebih-lebih lagi melibatkan masa depan anak daranya yang seorang itu.Mak Renah menyesal akan segala perbuatannnya yang tutut mengheret anak kesayangannya itu bersama sekali.Mak Renah sedar lambat laun Nora akan dapat mengetahui dan menerima akibat dari ketelanjurannya membuat perjanjian dengan lelaki berjambang tebal dan berpakaian serba putih yang selalu hadir dalam mimpi Mak Renah.
Nora akan menjadi korban lantaran ketamakan dan nafsu materialistiknya sendiri.Dan hari ini,si lelaki berjambang itu akan datang menuntut Nora.Tiba tiba Mak Renah kesesakan nafas memikirkannya dan matanya membengkak terlalu penat untuk ditahan tahan lagi.Mak Renah lelah dan longlai apabila lelaki berjanggut tebal dan berpakaian serba putih itu datang setelah sekian lama mengganggu lena Mak Renah.
“Nora terpaksa kau korbankan! Kau tidak ada masa lagi,” wajah lelaki itu bertindih-tindih terpancar kemarahan yang amat, sangat.Mak Renah merayu sambil berlinangan air mata.
“Berilah aku masa”
“Tolonglah tuan,,”
Nora tidak tahan melihat emaknya meronta-ronta bagai kerasukan lagaknya.Entah igauan apa yang menerobos ruang mimpi emaknya itu.Semenjak kematian ayahnya Pak Hussein Lempoyang kira-kira lima tahun yang lalu,tidak sekali Mak renah berkelakuan begini.Nora percaya ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh emaknya.
“Sehingga suatu hari Mak Renah berasa tidak tertanggung lagi derita didatangi lelaki berjanggut tebal dan berpakaian putih itu menuntut janji.Mak Renah dalam resah dan ketakutan menjelaskan perkara sebenarnya kepada Nora dengan perasaan berkecamuk.
“Maafkan mak,,Nora.Maafkanlah mak,,”
“Mengapa mak?” tanya Nora dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sebenarnya mak sudah terlajak kata,,mak dah melakukan perjanjian dengan……….”
“Nora diam tidak mencelah,membiarkan Mak Renah menyudahkan cerita dengan payah.Nora sebenarnya sudah sedikit tahu…..melalui kata-kata yang terpacul dalam igauan Mak Renah.Sedikit sebanyak Nora mendengar butir halus perkataan yang disebut emaknya.Berderau hati Nora mendengarnya.
Selepas itu,Nora banyak berdiam dan menjauhkan diri daripada Mak Renah.Nora benar-benar mengutuk perbuatan emaknya,namun jiwanya yang panas bertukar menjadi sejuk sesejuk air milo ais mendengar kata-kata emaknya kali ini.Nora telah bersedia menanggung segala akibat perbuatan Mak Renah walaupun dirinya terpaksa dikorbankan jika itu mampu melepaskan emaknya daripada derita sengsara selama ini.
“Nora anak mak,sebenarnya mak banyak berhutang kain dengan mamak Pakistan Rasyeed Ali nama diberi yang selalu datang kerumah kita tu,”
“Sebagai ganti,si Rasyeed Ali tu berkehendakkan Nora menjadi isterinya.”
Nora ternganga namun dalam hatinya berbunga ceria, mana tidaknya,mamak Pakistan yang selalu mencuri pandang tiap kali datang berniaga kain dan permaidani itu bakal menjadi suaminya.Nora mengalih muka,mengukir senyuman riang…sambil berlari-lari anak ayam ke bilik.Mak Renah terkebil-kebil.
Sayup kedengaran suara Nora dari dalam biliknya,
“Nora sudi mak!”
Mak Renah mengurut dada….pasti malam ini tidurnya akan lena.
Sunday, 30 August 2009
Perjanjian dengan Syaitan?
Posted by Medabee at 05:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment