Sekarang dah masuk 2 september 2010, lagi beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi kenapa aku rasa tidak mahu beraya ye? kenapa? aku pun tidak tahu kenapa, mood raya tiada, hati rasa kosong, aku tidak berasa happy, ini kerana, balik rumah bukan untuk bersuka ria, tetap ada beberapa assignment yang menunggu untuk di siapkan dirumah, ini bermakna balik rumah bukan untuk berehat tetapi untuk menyiapakan segala assignment yang di berikan.
Kenapa yer aku malas duk rumah lama-lama? Yang pertama sekali, nanti aku akan di hidangkan dengan pelbagai hidangan. Memang tidak terkawal, semua akan aku bedal. Di Melaka pemakanan aku agak terkawal kerana aku tidak mahu bebankan perut aku dan bebankan otak aku. Aku mahu otak aku cerdas seperti dulu. Pemakanan yang tidak terkawal menyebabkan aku berasa malas dan lembab. Di sini alhamdulilah aku dapat mengawal pemakanan aku ke tahap optimum. Paling ketara perubahan pada diri ini ketika berada disini ialah. Aku suka bangun awal-awal pagi untuk study!! wah tidak terfikir di fikiran aku untuk lakukan sedemikian rupa. Benarlah kata-kata orang dulu bahawa pengalaman mendewasakan kita. Aku telah ada pengalaman dalam diploma, dan kesilapan sewaktu diploma tidak aku ulanginya lagi. Aku tekad hendak berjaya dalam hidup. Aku bertekad mahu mengubah nasib kelurga aku. Aku bertekad untuk meningkatkan taraf hidup keluarga aku.
Jadi apa yang aku perlu lakukan? USAHA, yang itu lah perkataan yang perlu aku patuhi. USAHA, tetapi usaha macam mana? aku tidak boleh malas, aku kena lawan sifat malas ini. Aku perlu lawan, jangan malas-malas, jangan terlampau banyak tidur, kerana tidur yang banyak menyebabkan diri merasa MALAS.
Alhamdullilah, aku berjaya juga melawan perasaan malas, tetapi ada juga aku tidak dapat melawan, tetapi kiranya aku disini banyak juga perubahan yang berlaku pada diri aku ini. Balik rumah nanti jangan terkejut lak yer.
Kini aku semakin dewasa, Mak, Ayah doakan kejayaan anak bongsumu ini. Hanya anak bongsu ini yang dapat mengubah nasib dan meningkatkan taraf hidup kita. Harap bersabar ye dengan kerenah anak bongsumu ini. Berikan la sedikit kebebasan untuk anakmu membuat keputusan.
Love you mom, dad, BIG sister, big brother and My Twin (sometimes gaduh, tetapi aku tetap sayang kamu)...........................
Thursday, 2 September 2010
Bila Budak OM Mula Menaip
Posted by Medabee at 06:51
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahhaaa.. aku tau hg syg kt BIG sister hang ni kan..
yela...
msti la..hehe..
Post a Comment