Hari ini bermula dengan aku bangun sahur seawal 4.30 pagi, Menu aku untuk sahur pada tarikh ini hanya la megi kari dan juga kurma. Selepas itu bermula aku mengemas skit rumah kerana rumah itu akan di tinggalkn untuk tempoh yang agak lama. Jam 9 pagi aku ker rumah pak su aku kerana aku hendak mnyuruh cousin aku hantar ke Melaka Central. Aku pergi ke Melaka Central Tepat jam 9.45 pagi. Jam 10 bas aku mula bergerak. 1 Jam 40 Minit kemudian aku sampai di stadium Bukit Jalil. Memang sepanjang perjalanan aku hanya tidur. Memang kepala aku sangat pening. Sampai di Stadium bukit jalil aku terus bergerak ke LRT untuk ke PWTC kerana di situ abang aku menjemput dengan keretanya. Tepat jam 1.30 abang aku sampai. Sampai dirumah abang aku, aku terus tidur..kepala aku memang berpusing-pusing. Jam 4.30 aku bangun untuk menonton tv. jam 6.15 abang aku ajak ke kedai makan untuk beli makanan berbuka. Menu berbuka hari ini. Nasi putih+sup ayam+ikan bakar, air tebu sebagai minuman.
Esok tengah hari perjalanan akan diteruskan ke Tapah Perak. Pada hari rabu ini aku akan sampai ke Kedah, so orang kedah semua tunggu kedatangan diri ini.
Sunday, 5 September 2010
6 september 2010
Posted by Medabee at 05:36
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment