Assalamualaikum pembuka bicara... sudah lama aku tidak bercoretan di dalam blog ini. Bukan aku tidak ada masa tetapi aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku conteng di blog aku ini. Akhirnya aku berjaya adalah tajuk post kali ini. Apa yang aku telah berjaya? Aku telah berjaya menamatkan program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat Kod Program OM114 Di UiTM Kampus Seri Iskandar Perak. Semalam hari Isnin 3 May 2010 merupakan hari terakhir aku di situ. 2 tahun setengah aku belajar di negeri orang. Terlampau banyak suka dan duka aku di sana tetapi aku rasa duka yang banyak bila berbanding suka. Terlalu banyak kenangan aku di sana dan banyak karenah manusia yang aku jumpa disana. Pelbagai orang yang aku kenal di sana dan orang yang aku kenal pelbagai negeri. Pengalaman yang ada di sana akan aku guna untuk aku teruskan hidup untuk Ijazah. Aku bangga kerana berjaya tamatkan diploma walaupun aku tertekan di sana. Alhamdullilah aku berjaya tamat tidak macam akak aku yang tidak habiskan pengajian dia terlebih dahulu. Aku faham kenapa dia buat macam itu. Dia telah banyak berkorban untuk aku dan keluarga. Tidak mengapa ye. Jasamu akan ku balas..
------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang aku hendak ceritakan perjalanan aku ke sana. Perjalanan bermula pada hari jumaat 30 April 2010. Perjalanan aku bermula pada jam 9 pagi. Aku pergi dengan family aku dengan kereta. Family aku hendak pergi rumah opah aku di tapah. So, aku follow la mereka sekali. Then, sampai jam 12.30 dan aku terpaksalah tidur satu malam di rumah opah aku. Terasa sangat-sangat bosan disana kerana tiada hiburan dan seperti berada didalam hutan. Nasib baik aku mempunyai Laptop yang jadi peneman aku ketika kebosanan tahan cipan. Malam di rumah opah aku sangat bosan dan mak and ayah aku tidur awal dan aku sibuk untuk menyiapkan slide yang masih tidak lengkap. Sambil-sambil siapkan slide aku usha sebentar Movie yang baru aku download.
Malam berlalu, dan akak, Opah and parents aku mahu pergi ke Cameron Highland tetapi aku tidak mahu ikut kerana aku fikir aku banyak kerja mahu siapkan. Jadi aku mengambil keputusan tidak ikut. Aku terlupa hendak beritahu bahawa abang aku pun ada dirumah opah aku. So, aku balik ke kampus dengan abang aku. Abang aku bawa kereta seperi di Track. Memang laju selagi padal minyak boleh tekan selagi tu la dia tekan. Dipendekan Cerita aku sampai Di UiTM SERI ISKANDAR PERAK JAM 12.30 P.M. 1 May 2010. Sampai disana aku menumpang bilik di roommate lama aku. Nasib baik dia ada kalau tidak aku tidak tahu kemana mahu tidur. Kira-kira pukul 2 petang aku bersama-sama junior aku pergi ke UPTOWN di situ la tempat untuk students sini melepak. Aku berjumpa dengan UMI, Pemilik salah satu cafe di UPTOWN. Dia sudah mengaggap aku seperti anaknya. Kerana dia membahasakan diri mak dan panggil aku anak. Aku terasa diri ini dihargai.
Pada malam pula aku dengan junior aku pergi ke downtown dan gerai Pak Cik Pian. Aku di sini baik dengan staff lebih-lebih lagi dengan Pengawal Keselamatan. Aku juga baik dengan TP dan Pengarah Kampus ini. Oleh kerana aku baik dengan golongan macam ini aku diberi layanan ISTIMEWA sehinggakan ramai 'kawan' di faculty aku cemburu dengan aku. Tetapi aku tidak bangga kerana aku merupakan mantan Jawatankuasa Perwakilan Kolej jadi sebab itu la aku special. Sekarang aku mahu lupakan perkara itu. Malam itu semua tempat aku sudah pergi jadi aku balik ke bilik dengan rasa penat. malam tu aku bersembang dengan rakan-rakan dalam blik sehingga jam 3 pagi. Yang paling malang sekali aku terpaksa tidur di atas lantai simen dan ini menyebabkan belakang aku sakit pada esok pagi.
2 May 2010. Pada Hari itu aku tidak kemana-mana hanya pergi makan dan balik bilik.
Aku sangat bosan pada hari itu. Pada Malam Hari aku hendak Iron baju untuk presentation pada 3 May. Aku puas mencari baju kameja untuk presentation dan tidak jumpa rupa-rupanya mak aku tidak memasukakan kedalam beg aku. Memang aku rasa marah tetapi aku tidak boleh salahkan mak aku 100% sebab aku tidak check beg aku sebelum pergi. Tiba-tiba otak aku berfikir bagaimana untuk selesaikan. Aku ternampak baju kawan aku di almari jadi aku minta untuk pijamkan aku untuk presentation. Kawan aku berikan pada aku jadi aku terpaksa memakai baju kawan aku yang saiz XXXL. Badan aku seperti belon bila pakai kameja dia.
3 May 2010. Tarikh keramat bagi aku kerana pada tarikh ini merupakan hari terakhir aku di situ. Aku presentation pada jam 2.10 petang tetapi aku siap awal pagi kerana lecturer aku iaitu Miss Wahida ajak aku bersama-sama dengannya breakfast bersama-sama di luar. Jam 9.00 pagi aku breakfast bersama-sama dengan lecturer aku di luar dan kami berborak-borak kosong. Lecturer aku cerita semua masalah dia pada aku dan masalah yang tidak patut seorang students dan lecturer tahu. Tetapi beliau begitu sporting dengan aku. aku rasa sedikit bangga kerana dia percaya pada aku.
Selepas breakfast, aku di hantar oleh lecturer aku ke unit kaunseling kerana aku mahu berjumpa dengan kaunselor yang ada iaitu Puan Che Fauziah, Puan Akmarina dan cik Azizah. tetapi ketika itu hanya da cik Azizah di dalam. Aku hanya berbual dengan Cik Azizah tentang pengalaman aku sewaktu practical. Selepas beberapa jam Puan Che Fauziah balik dan aku berborak dengan dia pula. Selepas beberapa minit aku pergi unit sukan dan ke HEP untuk berjumpa staff disana.
Selepas jumpa dengan semua staff di sana aku ke Unit ko-ko untuk mengambil sijil aku tetapi aku tidak jumpa sijil aku disana. Tetapi aku hanya jumpa sijil kawan-kawan kelas sahaja. Then, aku ke dewan makan untuk memberi sijil pada kawan-kawan aku.
Dipendekan cerita aku berada di fakulti jam 1.50 P.m. tepat jam 2 aku memasuki lab untuk buat persediaan untuk presentation. Jam 2.10 advisor aku masuk untuk presentation. Aku mulakan presentation aku dengan lancar tanpa ada masalah. Ini kerana semua perkara yang aku telah taip sudah ada di kepala jadi itu memudahkan aku. selepas tamat presentation aku lecturer aku bertanya soalan dan aku menjawab dengan mudah kerana soalan itu sudah aku jangkakan kerana jawapan yang aku beri aku sertakan sekali gambar dan bukti. Selepas itu tamatlah presentation aku. Tamatlah perjuangan aku untuk Diploma. Aku telah berjaya lepasi tahap Diploma. Aku telah berjaya habiskan Diploma yang aku tidak minat tanpa sebarang repeat. Aku syukur sangat2 Orang yang malas dan tidak bijak macam aku ini berjaya habiskan diploma dengan CGPA atas 3.00. Aku berharap aku dapat program yang aku minat apabila Ijazah kelak. Apa-apa pun terima kasih pada semua yang beri aku peluang untuk habiskan Diploma ini walaupun hati ini sakit.
Selepas Presentation aku bergegas Pulang dengan menaiki bas. Aku bernasib baik kerana ada bas pada petang itu. Jika tidak aku terpaksa balik tengah malam.
apa-apa pun aku selamat sampai di kedah.
dan aku buar MUET dengan orang yang pasif. aku sedih kerana aku tidak boleh argue.
aku rasa disini saja coretan isi hati ini.
Tuesday, 4 May 2010
Akhirnya aku berjaya
Posted by Medabee at 20:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment