Kenapa post tentang hari selasa lak yer? actually aku pun tidak tahu mengapa aku letak tajuk itu. Hari ini sudah selasa, makna hari Jumaat ini tamat sudah kontrak aku untuk buat SKP, dan pada 26.12.2010 kawan aku kawin, tetapi aku tidak dapat hadiri kerana tiada sumber kewangan. Agak terkilan juga la, banyak invitation yang aku tidak dapat hadiri, lagi pun aku agak bz juga pda 26 tu, ada meeting, plajar baru nk masuk pada 27 ni. So segala preparation kena buat betul2 supaya berjalan secara lancar, tahun 2011 akan menjadi tahun yang sangat busy buat diriku ini.
Bila aku tengok jadual aku, sangat2 la pack, sudah macam seorang menteri la pulak.
Rasa2 itu sahaja yang aku ingin luahkan dalam blog in
This is my blog, I can write anything I want, if you don't like it, please get out, thank you.
Tuesday, 21 December 2010
Selasa
Posted by Medabee at 09:18 0 comments
Friday, 17 December 2010
Pembentangan Budget Semester Hadapan
Ingat Negara jek le bntangkan budget..
so untuk semester depan aku sudah menyediakan personal budget..
ini la antara yg smpat aku senaraikan
Buku = RM400
Yuran Kolej= RM430
Yuran Univesiti = RM550
Makanan RM6X120 Days = RM720
Bil Broadband (satu Semester) = RM300
Barangan Dapur (satu Smester):- 1)milo
2)Susu
3)Gula
4)Kopi
5)Megi
6)Butter
7)Roti
= RM300
Topup (satu Semester) = RM300
Gingo Biloba (untuk Elak Migrain) =RM120
Spec (Power Makin Tambh+calar) =RM250
Minyak wangi (satu Semester) =RM150
Toiletries :- 1)Body Shampoo
2)Shampoo
3)Pencuci Muka
4)Ubat Gigi
5)Sabun Basuh Baju
6)Pelembut Pakaian
=RM200 (satu Semester)
Peralatan lelaki :- 1)Gel Rambut
2)Deodorant Bodyspray
RM100
RM3325.00
ini adalah jumlah kasar
angka sbnar maybe lebih maybe kurang..
(ada yg perlu di kurangkan ?)
Topup mmg perlu sebab Pegang 2 portfolio YDP OM dan S/U JPK
N MAYBE ada ag 2 Portfolio menanti..
Sekian Sahaja
Posted by Medabee at 12:36 0 comments
Thursday, 9 December 2010
Konvensyen Pemimpin Mahasiswa UTIM 2010
Hari ini 9 Dicember 2010...aku berapa di UiTM Shah Alam, untuk menghadiri konvensyen Pemimpin Mahasiswa, Sounds good heh? ye di sni smua barisan MPP, JPK seluruh Malaysia berkumpul, untuk bersama-sama untuk berbincang tentang masalah-masalah negara dan masalah di UiTM untuk diselesaikan. Aku berseorangan di sini, tiada teman2, hanya diri aku seorang, yang aku paling sedih, broadband aku telah diblock di sebabkan 2 bulan xbyar, sedih siot...aku hanya menggunakan Wifi UiTM yang selalu di block certain2 website yg aku slalu masuk, yang paling sedih, facebook nak buka pun after office hours..itu yang paling aku sedih..huhu...
Kenapa Xbayar?
Persoalan itu di jawab AKU TIADA duit sekarang ini, biasala hjung2 semester, jarang la student ada duit,
Macam mana lak dengan makan?
Makan?
beli Roti RM2.30 le than 4 hari..so itu la hari2 aku makan...huhu
SAMPAI bila nk makan mcm tu?
sampai buka semester la kot..uhuh
tp aku skrang berada di shah Alam so mkaan x pyh risau la...sebb makan di sediakan...huhu...so dpat la aku mkan yg sedap2 ..seminggu lebih xmkn nasi..aku still le survive..just bdn lemah2 skit...huhu..
pe2 pn..aku akan teruskan hidup
Pegi mana duit tu?
jangan tanya la gi mn...aku juga perlukan ubat untuk sakit kepala aku ni..ubat tu ada herb iaitu Gingko Biloba, sangat berkesan utk migrain dan juga org yang selalu ada tekanan darah tinggi...
rsa itu sje yg aku perlu ckp...
*Aku tak nk sshkn org len, so biar aku je yg ssh...
Posted by Medabee at 15:58 0 comments
Thursday, 2 December 2010
Perjalanan Dari Melaka Ke UiTM Perak
Aku rasa lambat juga aku update blog ni..sekarang aku mahu menceritakan perjalanan aku dari Melaka ke Perak yang mengambil masa 10 Jam. Tarikh 25.11.2010 Perjalanan aku bermula jam 9.30 Pagi. Bas yang aku naik tu nama dia SE SUPER . Ini la Bas Yang Aku Naik >>>
Perjalanan pada mulanya semua ok, then bas aku tukar waktu sampai di Klang, bas yang tukar mula mengalami masalah Engine. Masalah tu berlaku ketika sampai di stesen bas Klang, Engine sukar untuk di hidupkan. Selepas beberapa baru dapat di hidupkan. Setgah jam juga menunggu, then aku igt smua dh selesai. Bas tersebut di bawa pula ke workshop bas. Di situ Satu Jam juga menunggu
Kelihatan Mekanik Sedang Perbaiki Bas yang RosaK
Ini juga aku letak juga gambar workshop yang membaiki bas ini
Satu jam kemudian Baru siap bas ni..tp yang leceh bas ni byak singgah psal tu yg smpai lmbt
jam 7:00 p.m aku smpai la di seri iSKANDAR then lecturer aku ambk hntar masuk UiTM..thx to you ..huhu..
I think that's all...nt aku cte lak time ambil jubah dan juga time convocation
Posted by Medabee at 13:04 0 comments
Sunday, 21 November 2010
SKP
Tanggal 21 November 2010, hari ini merupakan hari yang ke-5 aku buat SKP (Skim Khidmat Pelajar) Memandangkan aku kerja pada hari Sabtu dan Ahad, so duit yang aku dapat nanti DOUBLE,..huhu..bestnya..tetapi hari ini kje tak la banyak sangat, banyak relax dan main game jek, hari ini aku hanya buat minutes, dan angkat barang sikit, dan check bilik jek...kira ble tgok tv ag la..huhu..pe2 pn mmg best la
Di sebabkan aku kje pada sabtu dan ahad, aku di beri cuti rehat pada hari khamis dan jumaat, Alhamdulllah memang aku perlukan cuti pada hari ini. Ini kerana pada 27.11.2010 merupakan hari yang sangat bermakna bagi aku. Tarikh aku convo..huhu..bestnya..selepas penat lelah 3 tahun buat Diploma, akhirnya aku berjaya juga abiskan, dan sekang aku sambung Ijazah Sarjana Muda tetapi aku tetap akan sambung Sarjana juga, ini disebabkan aku ingin menjadi golongan pendidik iaitu lecturer, best mengajar orang ni. Lebih2 student U.. Tetapi aku mesti usaha juga la
Aku rasa ini sahaja la yang aku nk katakan. Next Time aku sambung balik.
Luahan hati dari seorang Mahasiswa...
Posted by Medabee at 18:20 0 comments
Wednesday, 17 November 2010
Salam Aidiladha
Hari ini merupakan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha. Untuk pertama kali dalam hidup, aku tidak beraya bersama dengan family aku. Memang aku telah catat record la kali ni. Aku rasa aku seorang je kot dalam family aku yang tak raya sekali. Tetapi tidak mengapa, ini kerana di Melaka hanya satu hari saja cuti, esok aku dah start 2nd day untuk kerja dah, well cuti2 semester ni better aku kerja dan cari duit, dari aku buang masa duk rumah tambah lemak. At least bila aku berkerja xdela aku asyik minta duit dari ayah aku je. Aku sudah dewasa, 21 tahun dah siap boleh mengundi. kalau kawin ni berderet anak le dapat.
Aku sekarang sudah bergelar Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda. So, aku kena banyak la berkorban. Bukan aku tak nak balik, tetapi aku fikirkan DUIT. Itu yang menjadi masalah aku, duit aku cukup2 untuk makan sampai hujung tahun ni plus dengan duit tambang ke Perak untuk convo aku nanti. Aku harap2 dapat la duit nanti bila aku pergi convo, kalau tak, memang aku terpaksa berlapar la sikit.
Sekang aku hendak cerita pulak psal SKP. Apa mende la tu yer? rupa2nya, ramai juga students UiTM tidak tahu apa itu SKP? sebab hanya yang active dengan HEP, dan pentadbiran UiTM sahaja yang tahu apa itu SKP. SKP stand for Skim Khidmat Pelajar, maksudnya, UiTM mengambil pelajar-pelajar UiTM untuk berkerja dengan UiTM sepanjang Cuti semester sahaja. Bayaran di buat dalam bentuk ELAUN, bukan gaji. Bayaran juga cukup Lumayan iaitu sebanya RM36 satu hari, then try la darab dengan 30 Hari tidak ke banyak duit aku dapat? tetapi aku tidak la sampai 30 hari. Ini disebabkan aku terpaksa menghadiri kursus2 lain, konvensyen pada 9 December 2010 di UiTM Shah Alam.
Lupa pulak, sekarang ini aku telah dilantik menjadi setiusaha Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej Tun Mamat, Plus dengan Yang di Pertua OSSA(Office System Student Association) tamak gila aku. Dengan itu aku berjaya duduk di kolej lagi. Tak payah la aku sibuk2 nak cari rumah sewa yang harga 400-800 di Bandar Melaka ini. Kalau 400 tu kena beli tilam la, almari la..perghhh duit2.. bila duk kolej snang byar 430 je satu sem, smua ada. Bil electric dgn bil air pn xkna byar, n xperlu risau kna halau...huhu
Plan aku hari ini, membaca buku then buat sedikit research untuk buku dan journal aku nanti. InsyaAllah kalau idea aku ada dapat la aku taip sebanyak mungkin. Aku punya Novel pun masih tergendala. Sebab Idea and masa tiada. harap2 dengan Hari yang free ni dpat la aku buat something yang valuable. Rasa di sini sahaja Coretan aku. lepas ni aku sambung lagi..
Posted by Medabee at 11:01 0 comments
Friday, 29 October 2010
Next Paper
Hari ini merupakan hari jumaat, hari yang sangat mulia, hari yang berlakunya hari kiamat, merupaka penghulu segala hari. Pagi jumaat aku bangun seawal 3 pagi, plan nak study awal-awal, tetapi aku ke kecundang dengan nafsu tidur yang cukup kuat, aku tertidur kembali dan bangun jam 9 pagi, aduhhh...abis la plan aku nk study HRM, aku berharap sangat aku dapat A untuk paper ini, ini kerana jika aku tidak dapat A untuk subject ni, peluang untuk aku mendapat Dean list hanya tinggal kenangan, kadang-kadang aku sedih gak kenapa la waktu mula-mula aku rajin, tehen bila masuk pertengahn semester kemalasan pada diri aku kembali. Adakah di sebabkan pemakanan aku yang tidak menentu? aku akui, aku cuba untuk diet pada mula-mula masuk UiTM dulu, aku hanya makan kurma dan roti sepanjang bulan Ramadhan, dan bulan sebelumnya. Tujuan, bagus juga aku hanya makan mende tu sahaja. At least aku boleh jimat duit.
Jimat duit hanya untuk 1st month jek then after raya, aku makan ikut suka aku. Iku suka la aku nak makan apa, x kisah la satu hari tu abis RM20 hanya la untuk makan. Mak aku cakap makan jangan duk berkira sangat. Makan ja apa yang di makan.
Tetapi dengan financial problem yang sedang di hadapi ni. Aku terpaksa 'berpuasa' kembali. Berpuasa makan, dan berpuasa call, sedih siot, nasib la awek aku tolong topupkan. Aku rasa buat masa ini. Ini sahaja coleteh aku. Lepas ni aku nak sambung study HRM lak. then nak siapkan Novel aku. Lupa lak, aku sekarang hendak ceburi bidang penulisan novel dan Buku Ilmiah. Ini merupakan galakkan dari kawan-kawan dan juga lecturer aku. Aku harap aku boleh menjadi seorang Penulis dan juga pensyarah yang berjaya kelak.
Doakan kejayaan aku...
Posted by Medabee at 10:54 2 comments
Sunday, 24 October 2010
Harian
Blog ini sepatut di gunakan oleh aku untuk mencatat segala aktiviti harian aku, lebih kurang macam log book lak. Tetapi setiap kali aku ingin taip, idea hilang tiba. Kenapa yer? Kenapa aku tidak secerdas dahulu? Dulu idea untuk mengarang punya la banyak, sampai aku taip kat word dulu then baru copy paste dalam ni. Ok sekarang aku hendak ceritakan apa yang telah aku buat pada hari ini. Bermula jam 3 pagi aku dah bangun, dasyat gila aku kn? yela aku tidur kul 10 bangun la kul 3..buat pe aku bangun time tu? niat nk study la, aku dh tanam azam aku nk score A dalam subject OSM504 ni.. walaupn harapan aku tipis, tetapi tiada apa yang mustahil, Aku kena berusaha dengan lebih kuat je la. So memang banyak dah pass year aku buat, then siap baca nota, then buat pass year, baca nota, buat pass year, itu je aku buat, then paling rajin aku buat review question, aku buat soalan aku jawab sendiri. Macam-macam la aku buat, untuk apa semua itu? untuk buktikan aku mampu berjaya. Aku boleh bukan tak boleh masalah malas je.. then aku asyk nk makan jek. rsa nk kunyah something jek..adoii..knapa ni...
then pas ini aku nk sambung study ..then dalam kul 10 aku nk tidur dah ..aku kna kuat. aku kena cuba gak untuk hafal smua sekali..insyaAllah aku mampu lakukannya..pe2 pn doakn kejayaan ku ini..
Posted by Medabee at 12:03 0 comments
Saturday, 23 October 2010
Aku kuat
Tajuk yang agak menarik kn? apa yang dimaksudkan dengan tajuk tu? "Aku kuat" ..apa yg kuat tu yer? now I want to tell what it meant by that. Hari ini 23/10/2010.. Hari yang agak malang buat aku. Entah kenapa aku buat satu keputusan yang agak bodoh. Aku tidak tahu la sama ada tindakan aku itu tepat atau tidak. Apa-apa pun aku harap keputusan aku buat itu tepat. Ini untuk masa depan aku. Aku ada beberapa hari lagi. Segalanya penentu masa depan aku. Cita-cita aku yang paling ketara, aku mahu meneruskan pengajian ke luar negara. Itu cita-cita yang aku yang agak besar. Untuk Lakukan itu, aku mesti lakukan sesuatu, adakah dengan main-main dapat aku capai cita-cita tersebut? tidak mungkin...aku ada cita-cita, aku ada angan-angan aku tersendiri. Aku mahu bahagiankan parents aku, aku mahu lihat parents aku hidup senang, tidak lagi berhutang, aku selalu mengalir air mata apabila teringat parents aku sanggup berhutang kerana aku. Aku selalu menangis, tetapi tiada siapa yang tahu (selepas orang lain baca semua akan tahu) Aku sayangkan family aku, walaupun kadang2 mereka buatkan aku seperti orang asing, buatkan aku sakit hati, tetapi aku tetap sayang family aku. Aku ingin berjaya. Aku selalu berangan apabila aku habis belajar aku tiap2 bulan masukkan duit pada parents aku, akak aku , abang aku dan kembar aku. Aku selalu mimpi pasal itu. Aku harap mimpi itu jadi kenyataan.
Tetapi...macam mana hendak jadikan sesuatu mimpi itu kenyataan jika aku tidak berubah, tidak berusaha? bukan kan Allah telah berjanji dalam firmanNya yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasibnya lebih dulu” (Surah: Ar-Ra’d : 11)
dalam ayat ini Allah telah mengatakan kita boleh ubah nasib kita. Tetapi apakah usaha yang perlu dilakukan untuk mengubah nasib kta?
yang paling utama ialah SIKAP= ATTITUDE
aku paling suka kata2 dari William James "The greatest discovery of my generation is that a human being can alter his life by altering his attitudes of mind"
Kata-kata itu penuh dengan maksudnya tersendiri. Manusia boleh ubah hidup sendri dengan mengubah sikap dalam pemikiran, kena open-minded, kena think outside of the box. Barulah kita dapat maju.
Aku perlu berubah..
Posted by Medabee at 18:50 0 comments
Monday, 18 October 2010
FINAL EXAM
This entry I want to tell about my final exam. What is wrong with final exam huh?
My final exam will start on October 27, 2010. My first paper will be communication for office professional. This paper quite tough, it needs a lot of reading and for sure understanding, because it will not be asking direct questions, we need to think outside of the box to answer it. I'm at a degree level, oh coz it really hard. Even though this paper quite tough, do you think I don't do nothing? Oh coz I will do everything to get the best result, but what I should do? The first thing that I will do is do all the pass year, that is only the way I can get the best result in final, I really hope that, I can do better in final, the problem is the laziness that comes during study time. The other factor is Facebook (this damn social network) I can't stop using it, if I deactivate it my gf will kill me..huhu.. she does not want I deactivate this social network. This Facebook will be platform for me to get information from others and give information to others.
This is me. I have information power. Information power is one of the sources of power that I learned in Communication for Office Professional. People will need me, no matter bad I'm to them. I become the referent people. If they need information, they will ask me. Well, actually I don't want to be proud, but I just want to tell about the Information power of people. Eh, Actually I want to tell about my final exam, but suddenly I tell about else, well source of power is one of the topics in my first paper, so I think I still in right track.
Now let's continue with others. Communication for Office Professional is my first paper, how about the other's paper? Now lets we move to the other's paper.
After Oct 27, 2010, my next paper will be on Nov 1, 4, 8, and the last one is 11.
The 2nd paper will be HR(my favorite course) This course not really tough because the lecturer gives us the spirit to understand this course. She gives an enough explanation each point. So, want or not what she explains during class already adapt to my brain. Thank you to her. I hope I will no disappoint her .
Now I want skip this entry, I think that's all for now. If I have time and idea I will write it.
The next entry will be more interesting. I hope so...
Posted by Medabee at 21:39 0 comments
Sunday, 5 September 2010
6 september 2010
Hari ini bermula dengan aku bangun sahur seawal 4.30 pagi, Menu aku untuk sahur pada tarikh ini hanya la megi kari dan juga kurma. Selepas itu bermula aku mengemas skit rumah kerana rumah itu akan di tinggalkn untuk tempoh yang agak lama. Jam 9 pagi aku ker rumah pak su aku kerana aku hendak mnyuruh cousin aku hantar ke Melaka Central. Aku pergi ke Melaka Central Tepat jam 9.45 pagi. Jam 10 bas aku mula bergerak. 1 Jam 40 Minit kemudian aku sampai di stadium Bukit Jalil. Memang sepanjang perjalanan aku hanya tidur. Memang kepala aku sangat pening. Sampai di Stadium bukit jalil aku terus bergerak ke LRT untuk ke PWTC kerana di situ abang aku menjemput dengan keretanya. Tepat jam 1.30 abang aku sampai. Sampai dirumah abang aku, aku terus tidur..kepala aku memang berpusing-pusing. Jam 4.30 aku bangun untuk menonton tv. jam 6.15 abang aku ajak ke kedai makan untuk beli makanan berbuka. Menu berbuka hari ini. Nasi putih+sup ayam+ikan bakar, air tebu sebagai minuman.
Esok tengah hari perjalanan akan diteruskan ke Tapah Perak. Pada hari rabu ini aku akan sampai ke Kedah, so orang kedah semua tunggu kedatangan diri ini.
Posted by Medabee at 05:36 0 comments
Thursday, 2 September 2010
Bila Budak OM Mula Menaip
Sekarang dah masuk 2 september 2010, lagi beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi kenapa aku rasa tidak mahu beraya ye? kenapa? aku pun tidak tahu kenapa, mood raya tiada, hati rasa kosong, aku tidak berasa happy, ini kerana, balik rumah bukan untuk bersuka ria, tetap ada beberapa assignment yang menunggu untuk di siapkan dirumah, ini bermakna balik rumah bukan untuk berehat tetapi untuk menyiapakan segala assignment yang di berikan.
Kenapa yer aku malas duk rumah lama-lama? Yang pertama sekali, nanti aku akan di hidangkan dengan pelbagai hidangan. Memang tidak terkawal, semua akan aku bedal. Di Melaka pemakanan aku agak terkawal kerana aku tidak mahu bebankan perut aku dan bebankan otak aku. Aku mahu otak aku cerdas seperti dulu. Pemakanan yang tidak terkawal menyebabkan aku berasa malas dan lembab. Di sini alhamdulilah aku dapat mengawal pemakanan aku ke tahap optimum. Paling ketara perubahan pada diri ini ketika berada disini ialah. Aku suka bangun awal-awal pagi untuk study!! wah tidak terfikir di fikiran aku untuk lakukan sedemikian rupa. Benarlah kata-kata orang dulu bahawa pengalaman mendewasakan kita. Aku telah ada pengalaman dalam diploma, dan kesilapan sewaktu diploma tidak aku ulanginya lagi. Aku tekad hendak berjaya dalam hidup. Aku bertekad mahu mengubah nasib kelurga aku. Aku bertekad untuk meningkatkan taraf hidup keluarga aku.
Jadi apa yang aku perlu lakukan? USAHA, yang itu lah perkataan yang perlu aku patuhi. USAHA, tetapi usaha macam mana? aku tidak boleh malas, aku kena lawan sifat malas ini. Aku perlu lawan, jangan malas-malas, jangan terlampau banyak tidur, kerana tidur yang banyak menyebabkan diri merasa MALAS.
Alhamdullilah, aku berjaya juga melawan perasaan malas, tetapi ada juga aku tidak dapat melawan, tetapi kiranya aku disini banyak juga perubahan yang berlaku pada diri aku ini. Balik rumah nanti jangan terkejut lak yer.
Kini aku semakin dewasa, Mak, Ayah doakan kejayaan anak bongsumu ini. Hanya anak bongsu ini yang dapat mengubah nasib dan meningkatkan taraf hidup kita. Harap bersabar ye dengan kerenah anak bongsumu ini. Berikan la sedikit kebebasan untuk anakmu membuat keputusan.
Love you mom, dad, BIG sister, big brother and My Twin (sometimes gaduh, tetapi aku tetap sayang kamu)...........................
Posted by Medabee at 06:51 2 comments
